Sunday, 28 July 2013


MASJID UBUDIAH KUALA KANGSAR



Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid yang terletak di Bukit Chandan, Kuala kangsar Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.
Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih. Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.
Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulansendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.
Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.
Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah(1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.
Masjid ini telah direka oleh Encik Hubbeck yang menggunakan senireka Moor dan juga Encik Caufield jurutera Negeri Perak yang telah ditugaskan untuk mereka masjid ini. Pengunjung yang datang pasti terpesona dengan keindahan struktur masjid ini samaada dari dalam mahupun luar masjid . Kebanyakkan bahan binaan masjid ini diimport dari luar negara seperti dari London dan juga Itali .

LEMBAH BELUM


Bagi pengunjung yang mencintai alam sekitar bolehlah pengunjung ke Lembah Belum yang sememangnya menyediakan panorama indah dan juga udara segar kepada pengunjung . Lembah Belum merupakan sebuah kawasan hutan simpanyang melebihi 130,000 hektar di hulu Sungai PerakPerakUtara, Malaysia. Sebahagian Lembah Belum telah ditenggelami air berikutan pembinaan Empangan Temenggor pada tahun 1974, dan kini kemuncak banyak bukit dahulu telah menjadi pulau-pulaudi tengah-tengah sungai sepertiSungai Sara.
Lembah Belum adalah kaya dengan hidupan liar serta spesies tumbuhan dan walaupun terpencil, kini semakin popular sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi mereka yang merupakan pencinta alam.
Selain daripada mengunjungi Hutan Simpan Belum untuk melihat pokokbunga Rafflesia yang merupakan bunga tunggal yang terbesar di dunia, pelawat-pelawat juga dapat menyertai safari sungai di Sungai Sara untuk melihat bukit-bukit yang telah ditenggelami atau untuk membuat perjalanan jauh dalam hutan. Jika bernasib baik, pelawat-pelawat juga akan dapat melihat sesetengah haiwan dalam persekitaran semula jadi. Bagaimanapun, haiwan-haiwan di sini amat susah dilihat disebabkan hutan yang amat padat. Pengunjung boleh melihat cara hidup orang asli dengan berkunjung keperkampungan orang asli yang terletak dilembah belum ini. Kebanyakkan orang asli disini mengamalkan cara hidup sederhana, serta bekerja sebagai pemungut hasil hutan untuk menyara kehidupan mereka .

ZOO TAIPING




Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.
Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utaraSemenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan kepada pengunjung dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.
Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada harimau,singagajahbadak airzirafahenggangorang utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamangrusanilgaiburung kuak dan banyak lagi.
Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian. Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia. Pada 1 Mac 2003, ia telah dibuka dan beroperasi. Waktu operasi untuk night safari bermula dari jam 8.00 malam hingga ke 11.00 malam, (hari Isnin - Jumaat) dan 8.00 malam hingga ke 12.00 malam (Sabtu) . Pengunjung pasti terpesona dengan keunikan dan kepelbagaian spesies binatang yang terdapat di zoo in








MAKANAN POPULAR PERAK

Setelah puas berjalan – jalan ,apa kata pengunjung singgah sebentar di gerai dan restoran yang menyediakan makanan – makanan popular di Perak . Seperti yang kita maklum , sememangnya Perak terkenal dengan keenakkan juadah makanan tidak kira dari segi lauk pauknya malahan juadah pencuci mulut yang boleh mengamit sesiapa sahaja yang merasai keenakannya .
Ikan pekasam merupakan salah satu makanan tradisi Perak dan juga negeri – negeri yang terdapat di utara semenanjung . Keenakkan ikan pekasam yang dimakan bersama nasi panas dan juga ikan sungai bakar boleh membuka selera makan pengunjung bertambah . Pengunjung juga boleh menjadikan ikan pekasam sebagai ole – ole untuk di bawa pulang kerana ikan pekasam boleh disimpan dalam jangka masa yang lama .
Bagi pengunjung yang ingin merasai keenakkan laksa kuala kangsar bolehlah berkunjung ke bandar kuala kangsar yang menyediakan pelbagai lokasi gerai yang membolehkan pengunjung menikmati laksa ini yang tidak boleh didapati di negeri lain . Pengunjung juga boleh singgah sebentar di sungai Perak untuk merasai laksa ini sambil melihat panorama sungai Perak . Laksa yang diperbuat daripada tepung beras ini dihidangkan secara segar berbanding dengan laksa yang berada dipasaran selain kuahnya yang menjadikan laksa Kuala ini begitu popular di negeri ini malahan di negeri lain juga .
Jikalau berkunjung ke negeri Perak tidak sah rasanya jika pengunjung tidak menikmati gulai tempoyak yang sememangnya menjadi makanan tradisi negeri ini sejak turun temurun . Pengunjung boleh menikmati gulai tempoyak mengikut selera mereka samaada ingin memilih ikan sungai , ikan keli , haruan dan sebagainya . Selain itu juga tidak lengkap rasanya jika tidak merasai sambal tempoyak yang dinikmati dengan ulam – ulaman tempatan yang dimakan pula bersam nasi panas . Pengunjung pasti menikmati kelazatan makanan ini sehingga menjilat jari !! Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai makanan – makanan ini jika berkunjung ke negeri ini .



MENARA CONDONG TELUK INTAN


Antara tempat menarik yang perlu anda kunjungi jika berkunjung ke negeri Perak ialah Menara Condong yang terletak di bandar Teluk Intan.Menara ini kalau dilihat seakan menara Pasi di Turki .Menara Condong yang terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar di jantung bandar Teluk Intan, Perak menjulang setinggi 85 kaki (25.5 meter) dari paras bumi. Reka bentuk binaanya agak unik dengan memaparkan keindahan seni pertukangan tradisional Cina iaitu pagoda sebagaimana binaan-binaan yang lazim terdapat di negara China. Seimbas pandang luaran menara ini kelihatan memiliki lapan tingkat berpandukan atap berbentuk payung yang dibina melingkari puncak menara. Tetapi hakikatnya ia hanya mempunyai tiga tingkat sahaja . Pengunjung yang ingin merakam gambar kenangan atau melihat panorama bandar ini bolehlah menyusuri anak tangga yang disediakan. Hal ini kerana sebanyak 110 anak tangga diatur melengkung bagi menghubungkan tingkat demi tingkat.




PERMAINAN TRADISIONAL DI NEGERI PERAK

PERMAINAN CONGKAK

Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional di negeri Perak.Antara permainan yang kekal sehingga hari ini ialah permainan congkak. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti dilubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Cara membuat permainan
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
Peraturan permainan
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Perbezaan peraturan
Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah , terdapat juga beberapa perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.









Pastinya anda gemar kuih tradisional bukan? Kuih-kuih tradisional sememangnya versatil, boleh dimakan sebagai sarapan, mahupun untuk minum petang. Paling sesuai jika ia dimakan bersama secangkir teh ‘o’ panas atau kopi ‘o’ panas. Memang syok. Petang-petang ini kita mengimbau kuih tradisional yang sering menjadi pilihan untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Jom?

1. Putu Piring


Tak ramai orang pandai membuatnya. Ia diperbuat dari tepung beras, gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Cara terbaik beli saja di pasar. Teksturnya yang lembut di luar, basah di inti dan dilengkapkan pula kelapa parut yang lemak masin dilapiskan dengan daun pandan. Kuih ini dikukus sehingga masak. Mengasyikkan.

2. Karipap Pusing


Yang ini tidak sukar untuk dibuat, tetapi ada orang yang tidak gemarkan teksturnya yang rapuh dan kepingan pastri mudah jatuh ke atas baju jika dimakan. Tapi berbaloi bukan? Kibas sajalah serpihan yang jatuh, tak susah pun. Selepas digoreng panas-panas, makan dengan teh ‘o’ panas. Pergh!

3. Buah Melaka



Tekstur luar yang kenyal dan liat hasil adunan tepung pulut digabungkan dengan gula merah yang cair di bahagian tengah dan disalut dengan kelapa parut. . Kuih ini direbus saja. Apabila timbul di permukaan air, ia diangkat, ditoskan kemudian disalut dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan garam. Boleh lena dek kesedapannya

4. Kuih Seri Muka



Di atas ialah lapisan tepung lembut berperisa pandan dan di bahagian bawah pula ialah lapisan pulut yang lemak dan sedikit masin. Lebih sedap sekiranya menggunakan daun pandan asli. Namun ramai yang menggunakan esen pandan dan pewarna tiruan saja. Kuih ini dikukus sehingga masak.

5. Kuih Tepung Pelita



Yang ini juga agak renyah untuk dibuat sendiri, jadi lebih mudah dibeli saja. Tambahan pula, ramai yang pandai buat kuih ini di Kuala Lumpur. Kelongsongnya dibuat dari daun pisang, bahagian atas ialah santan lemak masin yang sedikit pekat manakala bahagian bawah ialah lapisan tepung yang lembut berperisa pandan. Seperti biasa, kalau gunakan pandan asli, lebih sedap. Tapi yang menggunakan esen pandan dan pewarna hijau lebih mudah dijumpai. Kuih ini dikukus sehingga masak.

6. Kuih Lapis



Kuih ini tidak sukar dibuat, namun hasilnya mantap. Selepas lapisan tepung dihasilkan, bahagi kepada dua bahagian dan warnakan satu bahagian dengan menggunakan sirap ros, kemudian kukus lapisan demi lapisan berlainan warna untuk menghasilkan kuih berbelang merah dan putih.

7. Kuih Koci Bersantan


Lapisan tepung pulut dan pulut hitam diisi dengan inti kelapa gula melaka, kemudian direbus sebelum dikukus semula selepas disira dengan santan pekat dan dibungkus dengan daun kelapa sebelum dikukus semula. Best gilak.

8. Putu Perak


Merupakan kuih tradisional negeri Perak, rasanya memang enak sekali. Tepungnya dihasilkan dengan cara menumbuk beras, intinya pula ialah kelapa parut yang sedikit masin dan dilapis dengan daun pandan di bahagian bawah sebelum dikukus. Tak semua orang pandai menghasilkan kuih ini. Kalau yang tak pandai, tepung akan melekat di langit-langit dalam mulut.

9. Kuih Seri Ayu @ Puteri Ayu



Sesuai dengan namanya, kuih ini comel dan baunya harum. Tekstur di bahagian atas ialah lembut dan gebu manakala di bahagian bawah ialah kelapa parut yang dikukus bersama dalam acuan.

10) Kuih Lopes



Kuih ini memang ramai penggemar. Ia dihasilkan dengan pulut yang setengah masak, dan dicampurkan dengan air perahan pandan sebelum dikukus semula. Ia digaulkan dengan kelapa parut dan sedikit garam. Kuih lopes dimakan dengan kuah gula melaka yang pekat dan manis. Rasanya, pergh!
Yang mana satu kegemaran anda? Atau suka kuih yang lain? Jom kongsi bersama kami.










Moh Belajor Loghat Perak..

keme/aye/saye/teman/awak/kume = saya
(name teman peon...)

mike/kome/kamu/ = awak
(kome udah makan??)

ate = abis tu
(ate.. kome tak reti-reti nak mandi ke??)

raban teben =tak tentu arah
(ape kene raban teben budak ni??)

angat pijo  = panas
(mak oii.. angat pijo rase badan..)

hakap = tamak
(gile hakap budak nie makan..sampai 4 ketui ayam dalam pinggan..)

ngelewor =  terumbang ambing kekiri kekanan..
(ate ape kene bawak moto mengelewor ni??)

kebulor = lapar
(makk... adik tak larat nak puase.. dah kebulo bebeno dah ni...)

bolen = telanjang bulat
(ate abang ace pakaikan seluor anak tu jap.. apekehai keluor romah bolen aje..)

nyelap sador =  seorang yang seperti dirasuk@ diluar kawalan
(tgk tu, pantang sebut hal kawen.. nyelap sador die..)

mengelenyor = gatal/ menengada/ sopannya
(yang nie lagi sorang... jumpe muke hensem siket mule le mengelenyor.)

biot = degil
(kome jangan biot beno pun kenape.. kang apak rotan kang..)

perok = jakun/ tak pernah tgk benda
(ate... tak usah le perok bebenor.. esok kite pun beli rope itu)

muncah = banyak duit atau berharta
(auuww.. moncah le mike.. anak2 sume kroje gomen..)

toben = tua bangka
(tok tu dah toben... renti kan le kluor.. dudok romah je..)

merambu = joli sana sini


KEMIN = kemas

NYEGHOGIN = tersenyum sorang diri

REBEN TEYBEN = seluin jer – selekeh

TAK AJAP = TAK layan/ tak jadi hal

MENTEKEDAGHOH  = makan

menterchiker = makan

MEROLOH = Tidor.
(adi tgh meroloh...)

GHODI/KODI = repair/belek
(haaa.. yai gitu.. ghodi-ghodi kerete abah tu.. kang kena penampor ngan dia..)

YA’NGAT = minuman panas (tea, kopi, melo, neskepe dll)


CIK CIBOR = pepatung
(cik cibor boleh makan ke???)

KALA LIPIT = kala jengkin (scorpions)
(tangan aku bengkak kene kala lipit)

CENCOGHOT = tikuih ketughi

JELEBOR = labi²
(nak tgk jelebor datang le bote..)

LABUN = cakap

SEMUT GATEY = semut api
(uwwaaa... adik kene gigit semut gatey)

MENGKIOK = besar sikit dari anai2 selalunya menjadi kalkatu..

BEDAGHOH = berdarah

CENANGOR = serangga yg berbau busuk selalu dijumpai berhampiran dgn lampu
(oiii bebudak cinangor.. gie balik..)

MENTONG = makan sampai due kali atau tambah 2 kali

PAKA@ PAKEI = pakai atau guna
(elehh... henset nokia n95 teman dah lame pakei..)

LECAH = Lumpur
(ya Allah budak nie, yang kamu main lecah kenape?? kan dah koto baju kamu..)

NGETIT /ngokak = gigit ketip

CONONGGENG = bontot ayam

ENCONOT = atau tongken ayam

LIBANG LIBU = perasaan resah gelisah....

MEGHEDANG-GHEDANG = (meredang-redang) maksud dia membuta-tuli

SENTEN = menarik kaki seluar ke atas.....ataupun singkat dlm bahasa pekan nya

SIUT = cucuh / menyalakan

NYARIGH = mujor
(nyarigh lagik aku tak eksiden tadik.. kalo tak beterabor gigi..)

BENGKIN = garang
(ate abahnye pon.. ngan anak pun nak bengkin)

GETAK =jatuh / luruh

GEGHOTOK/GEROTOK = jambatan

MENTELUN = seluar panjang (pantaloon)

KAYU ROL = kayu pembaris

PORES = pekerja jabatan hutan tu, forest

PUIH OPES = pejabat pos

GOMEN = kerajaan

MENTOKA = Kereta

SELAIT = lampu suluh / torch light

SEPEROH = alas / lapik meja

JEGHOLONG = tempat buang sampah kat tepi hutan

PIOR = tulin asli

ACEKEME = macamana kalau

PENGGE = lontar, baling

HAMBAT = kejar

GHULU GHELO = hulu hilir

NGELAT = menipu

SELE’WIN = kira buat asal siap, comot

HINCIT = Ketepi, ngeysot

GETIK = nyampoh (menyampah)

GANJEI = terkena / naya / terkejut

REBER = sesak, beriya, sopannya, poyo..

SA-NGEIYR atau SANGEI = tudung saji

SI-YAR* (sengorkan bunyi..yar.. tu..) = mangguk tingkat

MENYENGKET - mengintai, mengendap

GILA SEPEREGHE = separuh gile

BEBEY = degil tahap batu gajah

NIN = jernih...

GENYII = geli geleman

MENYELEBIUR= terjuih bibir

NYADIN = buat derk aje

MELENGKO = membelit  (ater komer lekas nengok ulor beso melengko ataih pago rumoh pak bako.)

MENEBEN MUKE = melangok kat kedai kopi

TAK SIOR = tak ingin

BERDANO = kotor sangat

NYENDIN = tumpang sekaki

SEMBAI = pasir halus yang basah/pasir sungai (cher miker pegi kaup sembai kat sungei tu, elok bebeno mbuat
bancuh simen)

LIMBAH = air kotor/Lumpur

MENGEROGHNYOT = berdenyut-denyut

MEMBANGAO BAU = busuk baunya

BERDA'AH = bohong/menipu/kelentong

TERPEROGHONGO = berlubang besar

PETIA = memang sudah direnung/ memang yakin

NYIOR KUTEY = kelapa yang dah kering kat atas pokok kelapa

BERONGGOK = berkumpul

TAWO LEYSYUR = masakan terlalu tawar

JENUH = lama sangat..

BONYEH = berlendir/berlendior

MELANTUNG KOHONG = busuk sesangat

Tumpo =Tak bergerak,mati,habis nyawa.

Moh = Jom

Ngerengken = Kurus kering tak ada isi langsung

Sompeh = Serpih,picisan,ada cacat sikit.

SAMO = Merah Jambu

SOH = Sunyi sepi/ senyap

PAN/NYANG =Panggilan utk moyang

BESIT = Memukul dgn sesuatu spt rotan dan sbg

NGELATOK = Berdebar2 akibat terkejut

motokar = kereta

mutu = motorsikal

tak mandang = takde

gebor = selimut

limaih = tepung pelita

ce /ace = cuba /try

gostan = undur belakang

beransor = mintak diri




Lumut, Perak


Lumut merupakan bandar tepi laut yang menghadap Selat Dinding dan Selat Melaka di negeri Perak. Lokasi bandar ini bersetentangan dengan Pulau Pangkor dan dikenali ramai sebagai pintu masuk ke pulau tersebut. Sebuah pelabuhan atau pangkalan dibina di Lumut bagi kemudahan sesiapa yang ingin berkunjung ke Pulau Pangkor
Lumut berada di bawah pentadbiran daerah Manjong yang merupakan nama baru bagi daerah Dinding. Bandar ini terletak kira-kira 84 km ke selatan bandaraya Ipoh, Perak.


Sejarah

Lumut yang dahulunya dikenali sebagai "Tanah Merah" telah dibuka oleh seorang anak raja Selangor yang bernama Raja Engku Busu pada abad ke-17.Selepas beberapa tahun membuka Lumut, baginda serta pengikutnya telah diserang oleh lanun. Dengan demikian, Tanah Merah tinggal terbiar tidak didiami orang. Sungguhpun makam baginda tidak diketahui, tetapi namanya masih tinggal menjadi kenangan, yakni Bukit Engku Busu yang terletaknya di belakang bandar Lumut.

Tempat makan

  • KFC - Berada dalam lingkungan 200 meter dari terminal jeti lumut
  • Medan Selera - Berdekatan dengan bangunan tempat letak kereta bertingkat MPM
  • Nasi Briyani Ayam Madu - Terkenal dengan Nasi Briyani Ayam Madu
  • Tomyam Mahkota - Tepi bangunan tempat letak kereta bertingkat MPM


Bandar Lumut
Jeti Lumut
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Manjung
MukimBandar Lumut
KeluasanN/A

TEMPAT MAKANAN MENARIK

Perak terkenal dengan makanan pelbagai kaumnya yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Maruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi. Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perakterutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis.
Di Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan.
Restoran Mi Rebus Ramli dan Ikan Bakar di Restoran Tasik Raban yang tersohor dengan masakan kampung. Bagi yang ingin jimat, anda boleh menjamu selera di Medan Selera Stadium di mana terdapatnya Nasi Ekonomi dan Nasi Berlauk Ayam yang hanya berharga RM2.Restoran Mi Rebus Ramli dan Ikan Bakar di Restoran Tasik Raban yang tersohor dengan masakan kampung. Bagi yang ingin jimat, anda boleh menjamu selera di Medan Selera Stadium di mana terdapatnya Nasi Ekonomi dan Nasi Berlauk Ayam yang hanya berharga RM2.
Namun begitu, terdapat juga makanan masyarakat India yang terkenal di sini seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai ‘Nasi Ganja’ paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato’Sagor. Untuk merasai masakan Melayu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Mi Rebus di 
Kalau berkunjung ke Taiping, Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang menjadi sebutan dan menu santapan. Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan ini amat senang didapati di gerai-gerai sepanjang jalan Taiping-Kuala Sepetang. Harga makananya juga adalah mengikut saiz udang dari RM6-RM15. Gerai Mi Udang yang popular di sini ialah Gerai Mak Teh. Makanan laut juga boleh didapati di Lumut dan Parit Buntar.
Selain makanan laut, Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Pengunjung boleh menikmati kedua-dua makanan ini di Medan Selera Kuala Kangsar dengan melihat pemandangan indah tebing Sungai Perak. Mengenai laksa, Laksa Kuala Kangsar ini mempunyai kelainan dari laksa tempat lain dari segi kepekatan kuahnya.
Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri.
SEJARAH RINGKAS NEGERI PERAK
Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.
Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.
Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.
Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.
Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.
Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.
Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.
Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.
Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.
Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.
Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.
Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air.
ZAMAN PRA SEJARAH Negeri Perak mengalami zaman pra sejarahnya yang terbahagi kepada empat bahagian pada keseluruhannya iaitu Zaman Batu Lama (Palaeolithic), Zaman Hoabinhian, Zaman batu Baru (Neolithic) dan Zaman Logam (Metal Age).
Zaman Batu Lama (Paleolitik) Zaman ini dianggarkan berlaku antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi. Satu-satunya kesan peninggalan ini di Tanah Melayu ialah tapak yang dijumpai di Kota Tampan, Lenggong. Peninggalan zaman ini juga dikenali dengan kebudayaan Tampan di mana peninggalannya merupakan alat-alat batu yang belum sempurna buatannya.
Zaman Hoabinhian Zaman ini dianggarkan berlaku antara 8,000 hingga 2,000 tahun sebelum masihi. Kesan peninggalannya dijumpai di Gua Badak, Lenggong, Gunung Pondok, Padang Rengas dan beberapa buah gua lagi di Negeri Perak; berupa alat-alat batu yang lebih elok buatannya termasuk lesung batu untuk membuat pencelup merah (haematite).
Zaman Batu Baru (Neolitik) Zaman ini wujud antara 2,000 hingga 300 tahun sebelum masihi. Kesan-kesan daripada alat-alat peninggalan yang dijumpai di Gua badak, Lenggong dan persekitarannya, Gua Tambun, Ipoh dan lain-lain lagi berkeadaan lebih sempurna dan licin serta dapat dikenali jenisnya. Mereka juga telah pandai menggunakan tembikar untuk memasak makanan dan membuat pondok tempat tinggal. Disamping itu mereka juga telah pandai bercucuk tanam.
Zaman Logam (Metal Age) Zaman ini ujud antara 500 hingga 200 tahun sebelum masihi. Tempat-tempat yang pernah dijumpai seperti di Changkat Menteri, Sungkai dan Slim River menunjukkan bahawa masyarakatnya telah menggunakan logam seperti gangsa dan besi untuk membuat mata lembing, mata kail dan mata anak panah. Terdapat juga sejenis alat besi yang anih bentuknya yang dikenali sebagai ‘Tulang Mawas’ yang dijumpai tertanam di dalam kubur Batu Ubin.
Zaman Hindu/Buddha Jumpaan di Kuala Selensing, Perak dianggap sebagai zaman peralihan sebelum Hindu/Buddha, manakala zaman Hindu/Buddha pula merupakan zaman pembukaan lembaran Sejarah Negeri Perak Pengaruh kebudayaan orang-orang India dan kepercayaan Hindu di rantau ini sejak awal kurun masihi lagi telah mengubah sama sekali sistem nilai masyarakat di Tanah Melayu. Jumpaan patung-patung Hindu/Buddha dan beberapa alat pemujaan seperti di Bidor, Jalong dan Pengkalan Pegoh membuktikan wujudnya pengaruh ini.
PERAK SELEPAS PRA SEJARAH
Zaman Kedatangan Islam dan sebelum kesultanan Kerajaan Manjung di Beruas dianggap sebagai Kerajaan tertua di Perak. Selepas lenyapnya Manjung, kira-kira pada awal kurun ke l5 telah wujud Kerajaan Melayu Beruas. Dari bukti-bukti yang terpahat di batu nisan yang ada menunjukkan bahawa sebuah Kerajaan Islam. Adalah dipercayai bahawa Islam datang ke Perak melalui negeri seperti Melaka dan negeri-negeri di Pantai Timur.
Disamping itu Islam telah berkembang hingga ke pendalaman Negeri Perak melalui jalan Sungai Perak. Selain Kerajaan Beruas terdapat kuasa-kuasa pembesar tempatan di Ulu Perak seperti Kerajaan Roman, Tun Saban, To’ Temong dan lain-lain kerajaan yang belum dapat dikesan.
Zaman Kesultanan Titik kegemilangan sejarah Negeri Perak ialah setelah wujudkan sistem kesultanan yang merangkumi kawasan seluas 8,ll0 batu persegi. Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah l pada tahun l528 telah membuka lembaran baru ke arah pemodenan.
Kejumpaan bijih timah oleh Cik Long Jaafar di Larut pada tahun l824 telah mencepatkan lagi kemajuan Negeri Perak. Ditambah dengan kemasukan Inggeris pada tahun l874 telah memperkenalkan getah sebagai sumber ekonomi yang baharu. Akibat dari ini banyak imigran terutama kaum Cina dan India datang ke negeri ini.
Dari dua sumber ekonomi di atas di samping sumber ekonomi tradisionalnya, Negeri Perak Darul Ridzuan telah berkembang pesat di bawah naungan 34 orang sultannya hingga sekarang ini.
Penjajahan Inggeris yang berlaku bermula dari tahun l874 telah memperkenalkan beberapa sistem pentadbirannya yang mana akhirnya wujud penentangan terhadap sistem tersebut.
Campur tangan Inggeris Termeterinya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari l874 antara Inggeris dan pembesar-pembesar Melayu Perak telah mengesahkan kekuasaan Inggeris di Perak khasnya dan Negeri-Negeri Melayu amnya. Beberapa faktor mempengaruhi campur tangan ini diantaranya ialah kekayaan bumi Perak sendiri, pergeseran pembesar-pembesar untuk berkuasa dan kacau bilau yang berlaku di Larut antara puak-puak Cina.
Melalui campur tangan ini Inggeris memperkenalkan sistem Residen yang dianggap dapat membaiki sistem pemerintahan tradisional.

TEKS PERJANJIAN PANGKOR PADA 20 JANUARI l874
  1. Raja Abdullah diakui sebagai Sultan yang sah menggantikan Sultan Ismail yang akan diberi gelaran serta pencen sebanyak $l,000/- sebulan.
  2. Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam segala hal kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat orang-orang Melayu.
  3. Semua pungutan dan kawalan cukai serta pentadbiran negeri mestilah dijalankan atas nama sultan tetapi disusun menurut nasihat Residen.
  4. Menteri Larut akan terus berkuasa, tetapi tidak lagi diakui sebagai pemerintah yang merdeka. Sebaliknya seorang Pegawai Inggeris akan dilantik di Larut yang mempunyai bidang kuasa yang luas untuk mentadbirkan daerah tersebut.
  5. Gaji Residen akan dibayar oleh Sultan, bukan dibayar oleh Kerajaan Inggeris.
Penentangan terhadap sistem Pentadbiran Inggeris Sistem Residen bukanlah sebagai pembaikan kepada sistem pemerintah tradisional, tetapi dianggap sebagai sistem penindas. Ini disebabkan Inggeris lebih mendapat manafaatnya. Dalam pelaksanaannya pula penyelewengan kuasa telah dilakukan oleh Residen pertamanya J.W.W.Birch. Implikasinya masyarakat pribumi tidak puas hati dan berlakulah penentangan. Di akhirnya J.W.W. Birch dibunuh pada tahun 1875. Walaupun begitu sistem ini diteruskan hingga Jepun bertapak di Tanah Melayu.
Sistem Pemerintahan Residen Kuasa Residen yang diperkenalkan menerusi sistem pemerintahan ala Barat yang dikatakan lebih moden itu didapati serba bertentangan dengan pola pemerintahan tradisional Melayu. Sultan dan Pembesar-pembesar tidak lagi berfungsi sebagai pemerintah mutlak kecuali hal-hal yang bersangkutan dengan ugama dan adat istiadat Orang Melayu sahaja. Justru itu telah berlaku penentangan demi penentangan tetapi sistem ini terus berlanjutan sehingga pendudukan Jepun.
Perang Dunia Pertama – ‘Zaman Meleset’ Walaupun Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun l914 itu berlaku di Eropah, tetapi bahangnya turut dirasai oleh seluruh dunia.
Negeri Perak terlibat secara tidak langsung menerusi hubungan perdagangan antarabangsa dengan ekspot utama bijih timah dan getah aslinya, telah mengalami kemerosotan pendapatan. Implikasinya, seluruh pembangunan terpaksa dibekukan sehingga dunia kembali aman.
Perang Dunia Kedua Bahana Perang Dunia Kedua turut dirasai di Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Disember l94l dengan pendaratan tentera-tentera Jepun di Kota Bharu.
Negeri Perak telah jatuh ke tangan Jepun pada l Januari l942 . Pahit getir zaman pendudukan Jepun ini ditanggung oleh rakyat sehingga tahun l945.

Selamat Datang Ke Negeri Perak Darul Ridzuan

Negeri Perak adalah merupakan sebuah negeri yang penuh dengan peluang, permai dan indah. Bersempadan dengan beberapa buah negeri yang lain, Negeri Perak menawarkan pelbagai keistimewaan sama ada dari segi ekonomi, pelancongan, infrastruktur dan sebagainya. Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang), dengan berkeluasan 21,000km persegi. Ia merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).
Negeri Perak meliputi kawasan 6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia. Perak mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun dan kadar suhu di antara 23.7 darjah ke 33.2 darjah Celsius, serta kelembapan melebihi 82.3% serta hujan pada kadar 3,218.00mm setahun. Bukit Larut merupakan tempat yang paling lembab di Malaysia dengan lebih kurang 5080 mm.
Hampir separuh keluasan Perak diliputi dengan hutan iaitu seluas 10,713 km persegi di mana 95.6% ialah Hutan Hujan Khatulistiwa dan selebihnya iaitu 4.4% adalah Hutan Paya Bakau. Negeri Perak juga dikenali sebagai Bumi Bertuah, dikurniakan dengan pelbagai anugerah Tuhan dan tempat-tempat menarik untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Perak terbahagi kepada 10 daerah iaitu Batang Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah dan Hulu Perak. Bandar-bandar utama di Perak adalah termasuk Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Batu Gajah, Teluk Intan dan Kampar. Sultan Negeri Perak merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan EXCO yang diketuai oleh Menteri Besar memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.